Mangga Kampung Gerigat






Assalamualaikum semua,,, minggu ni sempat juga singgah di Projek Mangga Kampung Gerigat. Buahnya hampir masak. Di jangka dalam 1 bulan lagi kuning lah semuanya. Tapi kalau mau makan awal dah boleh petik buah-buah mangga yang mula mengguning ni.
Tahun lalu hasil tanaman mangga di Ladang Mangga ini sudah mencapai 100mt. Ada juga penanam mangga yang mendapat sehingga RM100,000.00. Terkojut Den!!! dan yang paling seronok, ada pakcik yang dah buat rumah burung hasil daripada jualan mangga. "Aiiii pakcik, dah jadi tokeh mangga, nak jadi tokeh burung walit pulak keee,,,,". Kepada kita2 yang malas ni duduk, tengok dan perhatikan lah kejayaan orang lain.

Jenis mangga yang ditanam di kawasan Kampung Gerigat ni ialah mangga Chokanan. Saya sempat bertemu dengan seorang penanam mangga chokanan iaitu En. Mat Jahiri Medong. Bertanyakan kisah beliau mengusahakan tanaman jenis mangga, memang banyak disiplin pertanian yang mesti dipatuhi untuk menhasilkan mangga yang berkualiti dan bermutu.

"Kalau kulit saja cantik, isi berlubang-lubang pelanggan tak akan beli kali kedua"
"Kalau kulit mangga tak cantik, isi saja cantik pun,,, pelanggan tak suka beli"

Sambil berbual-bual macam biasa lah, tangan mesti gatal memetik buah-buah yang ranum2 punyaaaaaa... sodap wooooooo, "mangga free".
Sudah makan di ladang mangga Pakcik Mat bagi lagi penuh belakang Ford Ranger. Membelasah mangga lagi lah malam ni. Kalau datang ke Kabong (click google earth kat mana tu), sila-sila lah datang ke Gerigat. Ladang mangga chokanan memang akan memuaskan hati dan perut anda!!! Kalau nak datang call lah dulu Pakcik mat, ada ke tak mangga time ni...

014-597 8334 Mat Jahiri : Tokeh mangga gerigat.
Thank you... sodap woooooo.... eeeeeerrrrkkk!!! *Bau mangga... XD


























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog